Semalam saya berbual dengan seorang kawan yang baru 2 bulan bekerja. Bekerja di ibu kota sebagai seorang 'engineer' yang pastinya sebulan paling kurang RM2k berada dalam tangan. Tambahan pula dia masih bujang dan tinggal bersama keluarga. Tak perlu mengeluarkan duit untuk membayar sewa rumah.. tak perlu menghabiskan duit menjamu selera di luar.. tak perlu memeningkan kepala memikirkan perbelanjaan tanggungan. Tapi dia tetap juga bertanya sesuatu yang selalu ditanya.
"Nape ek duit saya tak penah cukup? Hujung bulan je abes." Adakah anda juga mengalami senario yang sama seperti dia? Tepuk dada.. 'check' akaun anda ;p
Penyelesaiannya amat mudah tapi terlalu sukar untuk diaplikasi. Jika tiada keazaman hati dan disiplin diri yang tinggi.. berilah apa juga bentuk cadangan dan panduan.. pasti semuanya hanya akan tinggal angan-angan.
Ingin saya berkongsi dengan kawan saya dan juga anda semua suatu konsep yang boleh membantu meringankan bebanan kewangan anda. Konsep ini sudah popular dan mungkin anda sudah menjumpainya di mana-mana. Namun persoalannya di sini.. sudahkah anda sebatikannya dalam perjalanan hidup anda? Sekali lagi tepuk dada.. 'check' akaun anda ;p
Konsep 'pay yourself first' adalah konsep yang mengajar anda untuk menyimpan. Konsep ini sudah kita pelajari sejak kita kecil lagi. Masih ingat dulu semasa zaman kanak-kanak.. setiap kali hari raya kita sibuk menziarah seluruh pelusuk kampung dengan harapan mendapat duit raya yang banyak. Duit itu nanti bolehlah kita simpan dalam tabung. Kemudian kita boleh masukkan ke dalam bank. Kita mempunyai disiplin yang sangat tinggi pada masa itu. Kita terlalu sayang untuk membelanjakan duit simpanan kita. Mungkin kerana duit itu hasil dari titik peluh kita sendiri.. lantas kita berfikir panjang untuk menghabiskannya dengan sewenang-wenang. Kadang-kadang untuk mengembirakan hati.. kita hanya mampu mengoyangkan tabung mendengar bunyi duit bergeseran. Saat itu merupakan saat yang amat berharga. Dalam hati terdetik..
"wah.. banyak juga duit aku ni." :pTapi sekarang kenapa kita tidak mampu melakukan semua itu? Kita sudah dewasa.. kita bukan lagi kanak-kanak. Sepatutnya pencapaian kita perlu lebih bagus dan cemerlang. Setiap hari kita bekerja dari pagi hingga petang dan kadang-kadang perlu teruskan sehingga lewat malam. Banyak kudrat dan tenaga telah kita curahkan. Jadi.. hargailah diri anda. Berilah hadiah dan ganjaran yang sepatutnya untuk anda.
Setiap kali anda menerima gaji bulanan.. andalah orang pertama yang berhak ke atasnya. Bukannya pihak bank.. peniaga tepi jalan atau pasaraya besar.. Court Mammort dan sebagainya. Hanya anda yang paling layak memilikinya kerana anda yang bekerja keras untuk mendapatkannya. Justeru.. ambillah paling kurang 10% daripada keseluruhan gaji dan tempatkannya di dalam 'saving account' anda. Sudah pasti tiada siapa yang dapat mengusiknya melainkan anda. Jangan pula anda menyentuhnya dan mengeluarkannya sesuka hati. Biarlah duit itu terus beranak-pinak dan berkembang. Bayangkan jumlah yang akan anda miliki selepas 10 tahun.. 20 tahun dari saat anda mula menyimpan ;) Jika anda mampu melakukan langkah ini.. letakkan tangan anda di bahu.. kemudian tepuk bahu anda dan ucaplah..
"congratulation.. you have done an excellent move in your life."Sangat mudah bukan? Takkan itu pun tak mampu anda lakukan? Malulah dengan kanak-kanak yang sentiasa mampu melakukannya ;) Secara ringkasnya.. inilah konsep yang sepatutnya anda sebatikan dalam kehidupan anda. Ingat-ingat ini selalu..
EXPENSES = INCOME - SAVING
Bukannya..
SAVING = INCOME - EXPENSES
Jangan pula..
EXPENSES = INCOME
Dan lebih membahayakan..
EXPENSES > INCOME
Selamat mencuba semua.. moga-moga konsep yang saya kongsikan di sini boleh memberi sedikit sinar baru dalam pengurusan kewangan anda dan mudah-mudahan kita sentiasa dilindungiNya dan sentiasa diberkatiNya..