08 August 2007

Fikir dengan Mendalam.. Pandang Jauh ke Hadapan..

"Mampukah apa yang kita bina hari ini membawa kita ke hadapan?"

"Can what we build today take us into tomorrow?"

Saya baru tengok iklan ni malam tadi dan saya sangat sukakannya. Hari ni saya terus cari kat Youtube and share with you guys. Ini adalah iklan kemerdakaan negera yang ke-50 dari Petronas. Iklan-iklan Petronas memang sentiasa bagus dan sentiasa memberi makna yang mendalam kepada kita semua.

Dalam apa juga keputusan atau tindakan yang anda ambil.. fikirlah dengan mendalam dan lihatlah jauh ke hadapan. Jangan ambil mudah dan pandang enteng apa juga perkara yang anda hadapi. Mungkin untuk jangka masa pendek.. ianya mampu menyelesaikan masalah anda tapi bagaimana pula untuk jangka masa panjang? Fikir-fikirkanlah..

Apa pengajaran yang anda dapat dari iklan ni? Pendapat setiap orang mungkin berbeza.. lets share together..

11 comments:

Anonymous said...

best iklan ni tp betul manusia yg berpandangan jauh tu akan berjaya cz dalam crita orang2 melayu kita slalu cakap orang yg asal kaya akan kaya dan yg asal miskin akan miskin....crita dia best tentang anak saudagar yg kaya dan pengayuh sampan yg susah......suatu hari saudagar yg kaya tu meninggal dunia dan menghibahkan semua hartanya pada orang dan hanya tinggal anaknya yg menetap disebuah pondok kecil ditepi sungai...bapanya berpesan anakku engkau jgn risau kalau kita asal kaya kita akan kaya walaupun semua harta kita berikan pada org lain. anaknya terima wasiat bapanya dgn berlapang dada dan bermula ia menjual "apom" sejenis kuih dari beras dan dimakan dgn kelapa parut ditepi sg yg menjadi laluan manusia pd waktu itu.maka crita ini sampai ke tilinga pembesar dan dibelahnya kelapa diisi emas sehingga penuh dan ditutup semula kelapa itu. pembesar itu hendak menguji antara pengayuh sampan yg asalnya miskin dan penjual apom yg asalnya kaya yg mana akan mendapat emas itu. maka pembesar itu pun menaiki sampan org tersebut dia membayar upah sampan dgn 2 biji kelapa yg diisi emas itu kemudian si pengayuh sampan tersebut menolak dgn menyampaikan hasratnya dia lebih memerlukan wang dr kelapa, maka pembesar itu pun berlakon yg dia tidak mempunyai wang langsung maka disuruh menukarnya dikedai apom, dgn berlapang dada sipenjual apom tersebut menukarkan kelapa dgn wang.maka kelapa tersebut dapatlah pada si penjual apom tersebut dan dia menjadi kaya raya seperti sedia kala.
moral: dalam perniagaan janganlah anda menfokuskan pada satu tujuan ja tetapi pandanglah pada semua aspek supaya setiap detik, benda,gerak sehinggakan air liur kita menjadi wang........

al_qamaru said...

cte yg bes.. walaupn hanya cte rakyat tapi pgajaran dia tetap bagus.. ni leh wat entry baru ni :D

Anonymous said...

betul la statement tu...fikir mendalam,pandang jauh ke depan...tapi kalo dalam sangat berpikir,susah gak,takut keputusannya lambat nak kuar...berfikir nak cari yg ideal/perfect...matlamat tu yg kena jelas....fikirnya tak payah dalam sangat pun tak pe,hehehehe...pandangan wa saja la..

Anonymous said...

Islam mengajar kiat supaya kalau buat apa2 kena bersungguh2,
Hadis Nabi,
Allah menyukai hambanya yang apabila di aembuat sesuatu, dia tekun.
Jadi, jangan kalau buat kerja untuk diri kita sahaja kita bersungguh, kalau buat untuk orang sambil lewa. Kita kena buat sungguh2 untu semua benda. Sebab ingatlah, setiap yang kita buat tu bukan free, Allah akan bagi ganjarannya, tiket nak masuk syurga. Kalau buat tak sungguh2, camne nak masuk syurga?
Wallahu a'lam.

al_qamaru said...

yasir: pk dgn mendlm.. bukan pk dgn ms yg pnjg. ade beza tu.. pk dgn mendlm x smestinye mmerlukn ms yg pnjg. ngerti kamu? ;)

kak fa: thanx for sharing the advice. btul tu.. jgn ade pilih kasih antara keja sdiri dgn keja utk org len =)

amni said...

aku nak bagi pendapat gak bley?? hehehe.. bagi aku la, buat apa2 keja pon kena sungguh2 dan yang terbaik. cam pakcik tu pi guna kayu reput sampai sampan dia tenggelam pahtu. tu dah nampak dah integriti dia kurang. If it's worth doing, it's worth doing right.

al_qamaru said...

bleh bleh.. sila amni sila.. komen byk2 pn xpa.. aku x kisah ;p

Pakcik Luar Otak said...

Saya rasa iklan tu memang jatuh betul-betul atas hidung orang tertentu kan. Macam siling bocor..

Kak Long pergi Kak Ngah walimatul urus? Saya tak dapat la. Kena jadi driver family saya. Masa Kak Teh pun saya tak dapat pergi. Aii..tolong kirim salam segan saya ke derang. Segan...

al_qamaru said...

siling sape yg bocor tu? ;)

i.Allah akak g dgn kcik. dia dtg umah akak dl. jln2 kt kedah dl. pastu ktorg konvoi g parit buntar =) nnt akak smpaikn la salam segan awk tu..

Anonymous said...

macam main bola...kalau pilih pemain tangkap muat...last-last kena belasah...0-5,1-5....erk! bola lagi....hehe... :D

al_qamaru said...

ade kaitan gak ek? ;p