31 July 2007

Three Different Ways

Kebanyakan daripada kita tidak tahu atau tidak mahu ambil tahu tentang pelbagai jenis cara untuk menjana pendapatan. Biasanya selepas tamat pengajian.. kita akan bersungguh-sungguh mendapatkan pekerjaan. Mungkin disebabkan inilah proses yang telah dimomokkan kepada kita selama ini. "Blajar rajin2.. nanti leh masuk universiti.. pastu dapat keja besar."

Tahukah anda apa yang anda kejarkan itu dipanggil 'active income'.. sumber pendapatan yang memerlukan kudrat dan keringat anda secara berterusan. Contohnya gaji atau komisyen yang anda perolehi secara bulanan.. mingguan atau mungkin harian. Tidak kisahlah samada anda adalah CEO TM atau hanya seorang kerani di TM.. hakikatnya anda tetap perlu bertungkus-lumus untuk mendapatkan pendapatan. Jika anda tidak berusaha dan ingin berehat panjang.. pasti susut pendapatan anda.

Adakah itu satu pekerjaan yang salah? Perlukah anda berhenti kerja sekarang juga? Tidak.. apa yang anda lakukan itu tidak salah dan anda tidak perlu berhenti kerja. Orang yang makan gaji juga boleh berjaya dan kaya-raya. Yang penting anda perlu sedar anda tidak akan ke mana jika anda hanya mengejar 'active income' semata-mata. Anda perlu sedar anda sekarang bekerja menambah kekayaan untuk orang lain bukannya untuk diri anda sendiri. Anda juga perlu tahu bagaimana cara untuk menggunakan 'active income' anda bagi menjana jenis pendapatan yang lain. Anda perlu mula berusaha menambah kekayaan untuk diri anda sendiri.

'Portfolio income' adalah pendapatan hasil daripada 'paper asset' seperti shares.. futures.. ASB.. mutual fund.. etc. 'Passive income' pula adalah pendapatan yang diperolehi hanya dengan bergoyang kaki. Contohnya hasil daripada asset yang anda miliki samada bisnes atau hartanah. Pendapatan ini hanya memerlukan anda bekerja untuk satu jangka waktu dan selepas itu anda hanya perlu menikmati hasilnya. Asset yang anda bina itu akan menjana pendapatan dan menambah kekayaan untuk anda. Inilah yang dikatakan "money works for you."

Sekarang anda tahu ada 3 jenis pendapatan yang berlainan. Jika anda baru menamatkan pengajian atau mungkin bakal menamatkan pengajian.. ingat.. anda ada pilihan.. bukan hanya satu jalan. Fikir-fikirkanlah jalan mana yang akan anda pilih sebagai permulaan.

Bagi anda yang telah memulakan perjalanan.. tidak kisahlah laluan mana yang anda pilih sebagai permulaan.. yang penting anda tahu bagaimana untuk mengatur perjalanan kewangan anda bagi mencapai peringkat di mana "money works you" ;)

8 comments:

Anonymous said...

thanks for intaing :D

al_qamaru said...

intaing? xpe la.. welcome :)

Maizah Homestay Bertam Kepala Batas said...

bilalah nak jadi "money works for you".....
asyik "works for money" je...

al_qamaru said...

ble? when u take action ;)

Anonymous said...

Baru baca blog muna hari ni...slalu baca blog jr jer...wah muna skg leh jd consultant. Khalilah

al_qamaru said...

welcome khalilah.. pasni rajin2 mlawat blog sy ek.. jgn dok lawat blog JR je ;p

consultant? hoho.. jauh lg tu.. sume ni advice utk diri sdiri sbnrnye..

Maizah Homestay Bertam Kepala Batas said...

>>>ble? when u take action ;)

take action mcm mana tu????
terang skit.......

al_qamaru said...

cbe baca smula paragraph 3..

active income =>> portfolio n passive income

how? kena la blajar. so.. start learn now.. start invest in urself first ;)