Semalam saya berbual dengan seorang kawan yang baru 2 bulan bekerja. Bekerja di ibu kota sebagai seorang 'engineer' yang pastinya sebulan paling kurang RM2k berada dalam tangan. Tambahan pula dia masih bujang dan tinggal bersama keluarga. Tak perlu mengeluarkan duit untuk membayar sewa rumah.. tak perlu menghabiskan duit menjamu selera di luar.. tak perlu memeningkan kepala memikirkan perbelanjaan tanggungan. Tapi dia tetap juga bertanya sesuatu yang selalu ditanya. "Nape ek duit saya tak penah cukup? Hujung bulan je abes." Adakah anda juga mengalami senario yang sama seperti dia? Tepuk dada.. 'check' akaun anda ;p
Penyelesaiannya amat mudah tapi terlalu sukar untuk diaplikasi. Jika tiada keazaman hati dan disiplin diri yang tinggi.. berilah apa juga bentuk cadangan dan panduan.. pasti semuanya hanya akan tinggal angan-angan.
Ingin saya berkongsi dengan kawan saya dan juga anda semua suatu konsep yang boleh membantu meringankan bebanan kewangan anda. Konsep ini sudah popular dan mungkin anda sudah menjumpainya di mana-mana. Namun persoalannya di sini.. sudahkah anda sebatikannya dalam perjalanan hidup anda? Sekali lagi tepuk dada.. 'check' akaun anda ;p
Konsep 'pay yourself first' adalah konsep yang mengajar anda untuk menyimpan. Konsep ini sudah kita pelajari sejak kita kecil lagi. Masih ingat dulu semasa zaman kanak-kanak.. setiap kali hari raya kita sibuk menziarah seluruh pelusuk kampung dengan harapan mendapat duit raya yang banyak. Duit itu nanti bolehlah kita simpan dalam tabung. Kemudian kita boleh masukkan ke dalam bank. Kita mempunyai disiplin yang sangat tinggi pada masa itu. Kita terlalu sayang untuk membelanjakan duit simpanan kita. Mungkin kerana duit itu hasil dari titik peluh kita sendiri.. lantas kita berfikir panjang untuk menghabiskannya dengan sewenang-wenang. Kadang-kadang untuk mengembirakan hati.. kita hanya mampu mengoyangkan tabung mendengar bunyi duit bergeseran. Saat itu merupakan saat yang amat berharga. Dalam hati terdetik.. "wah.. banyak juga duit aku ni." :p
Tapi sekarang kenapa kita tidak mampu melakukan semua itu? Kita sudah dewasa.. kita bukan lagi kanak-kanak. Sepatutnya pencapaian kita perlu lebih bagus dan cemerlang. Setiap hari kita bekerja dari pagi hingga petang dan kadang-kadang perlu teruskan sehingga lewat malam. Banyak kudrat dan tenaga telah kita curahkan. Jadi.. hargailah diri anda. Berilah hadiah dan ganjaran yang sepatutnya untuk anda.
Setiap kali anda menerima gaji bulanan.. andalah orang pertama yang berhak ke atasnya. Bukannya pihak bank.. peniaga tepi jalan atau pasaraya besar.. Court Mammort dan sebagainya. Hanya anda yang paling layak memilikinya kerana anda yang bekerja keras untuk mendapatkannya. Justeru.. ambillah paling kurang 10% daripada keseluruhan gaji dan tempatkannya di dalam 'saving account' anda. Sudah pasti tiada siapa yang dapat mengusiknya melainkan anda. Jangan pula anda menyentuhnya dan mengeluarkannya sesuka hati. Biarlah duit itu terus beranak-pinak dan berkembang. Bayangkan jumlah yang akan anda miliki selepas 10 tahun.. 20 tahun dari saat anda mula menyimpan ;) Jika anda mampu melakukan langkah ini.. letakkan tangan anda di bahu.. kemudian tepuk bahu anda dan ucaplah.. "congratulation.. you have done an excellent move in your life."
Sangat mudah bukan? Takkan itu pun tak mampu anda lakukan? Malulah dengan kanak-kanak yang sentiasa mampu melakukannya ;) Secara ringkasnya.. inilah konsep yang sepatutnya anda sebatikan dalam kehidupan anda. Ingat-ingat ini selalu..
Bukannya..
Jangan pula..
Dan lebih membahayakan..
Selamat mencuba semua.. moga-moga konsep yang saya kongsikan di sini boleh memberi sedikit sinar baru dalam pengurusan kewangan anda dan mudah-mudahan kita sentiasa dilindungiNya dan sentiasa diberkatiNya..

EXPENSES = INCOME - SAVING
Bukannya..
SAVING = INCOME - EXPENSES
Jangan pula..
EXPENSES = INCOME
Dan lebih membahayakan..
EXPENSES > INCOME
Selamat mencuba semua.. moga-moga konsep yang saya kongsikan di sini boleh memberi sedikit sinar baru dalam pengurusan kewangan anda dan mudah-mudahan kita sentiasa dilindungiNya dan sentiasa diberkatiNya..
20 comments:
kalau org pmpuan senang la nak simpan duit. org laki nak kena sedia banyak benda sebelum kawin...
ade beza ke antara laki n pompuan? for me.. that is just an excuse. the point here whether you want or not ;)
Btul kata al_qamaru. Takde bezanya antara lelaki atau perempuan. Kalau nak kawen, kalau tak menyimpan, duit takder so camnerlah nak kawen. Yg pentingnya disiplin itu perlu ada. :)
Anyway, al_qamaru gud info.
thanx ye.. sy pn br je bjinak-jinak dgn blog ni. byk lg kena blajar =)
10% tak cukup..
paling sikit 30%
amboi tamaknye pakdi :p xpe.. tamak bab2 myimpan ni bagus.. teruskn ;)
salam semua...=)
hai k.long...hehehe..good topic... and ur presentation, not bad at all.. chaiyok2!
btw, blk pd topik, sy setuju 100% bab2 simpan duit ni...
tapi mmg btl bkn senang nak menyimpan lbh2 lg it demands us to have discipline. tapi tak susah kalau kita btl2 nak menyimpan...
based on my xperience la ek... belanja kena kontrol, hutang elakkan sama sekali, I.Allah masalah duit tak cukup tak timbul..
WA...
k.cik.. thanx a lot =)
haah.. blanje kena control tapi kalu dgn kwn2 slalu je x tcontrol kn ;p sbb tu disiplin kena jaga.
Bacaan tambahan di sini:
http://afyan.com/ver1/?p=92
eh.. ade iklan ;p
sila2 sume ke sana..
nak simpan 50% tu boleh...
tapi still tak cukup untuk waktu yang terdekat ni....
sekarang ni kita kena fikirkan macam mana nak tambah pendapatan....
nape skrg xleh? anda pasti ke nnt anda boleh? ;)
xpe.. nnt kita blajar pasai income lak.
betul tu...
kita kena belajar income pulak...
nak harap mkn gaji, sampai pencen baru senang..
nnt kte share =)
huhu! :P
hoho! ;p
Wow!Alhamdulillah...i'm glad that u guys really interested to further discuss on this topic.
Well,saving is important but..but..by just saving your money i believe it won't grow ur money or ur wealth.For example, u save RM 200 every month(2007-2008) and after one year it becomes RM 2400.In term of value,this RM 2400 is not as big as the previous year if you take into consideration factors like inflation.General speaking, we know that inflation in Malaysia is 4%.But, in my opinion, this inflation really different form one person to another.Example, my friend Muna spend RM 300 for fuel but i spend only RM 200.And when oil price increases by 30%, Muna personal inflation is higher than me.
In conclusion, to grow our wealth is not simply 'saving',we've got to know where we stand when it comes to fixed expenses,income and economic outlook.
hai dayang.. long time no see. pe cte skrg? :D
that's rite.. saving saje x cukup. but it's better less than nothing ;)
saving is a 1st step.. a very important step. what's the next step? kena la baca blog ni regularly ;p
betul ckp dayang tu...
jika hanya saving dlm bentuk duit buat masa sekarang nie kurang bijak..
kita kena pelbagaikan... maybe boleh simpan dlm bentuk asset..maybe saham amanah atau hartanah...
or else gunakan tenaga dan usaha anda untuk generate as much as u can duit...mcm mulakan perniagaan..
so instead of tunggu 20 tahun untuk kumpul 100 ribu (400/sebulan) yg nilainya akan susut lagi 20 thn..lebih baik anda cuba guna usaha dan kepakaran anda untuk generate this 100k dlm waktu yg paling pantas...maybe sblm nie setiap bulan potong EPF personal+company=600 y not cuba tambah lagi...maybe u jual kerepek kat tmpt kerja.. jadi u ada extra income utk topup u punya saving tu.
sori..termerepek pulak :p
pay yourself first.saya kini masih berusaha mendisiplinkan diri. Simpan 10% daripada pendapatan kita. gaji rm1k..kita simpan rm100. Masalahnya, nak makan minum pun tak cukup..bagaimana nak menyimpan..
Petrol yang naik 40%...memeritkan lagi keadaan.huhu..saving pun dah abes..camner tu?
Post a Comment