20 August 2007

Siapa Guru Terbaik?

Kita semua belajar sejak dari kecil lagi. Mungkin sejak dari dalam kandungan lagi. Kita diajar pelbagai perkara dengan harapan kita akan menjadi insan yang berguna. Sepanjang proses pembelajaran.. ramai guru yang telah menabur jasa. Antara semua.. kehidupan adalah guru yang terbaik kepada kita.

Kehidupan tidak mengajar kita seperti guru-guru di sekolah.. bercakap dan berkata-kata sepanjang masa. Jika kita melakukan kesalahan.. kita akan dihukum. Kita hanya diberi ganjaran jika kita melakukan perkara yang betul.

Berlainan dengan kehidupan.. kebanyakan masa kehidupan tidak berkata-kata. Kehidupan hanya menekan kita dari segenap ruang yang ada. Kehidupan memaksa kita melakukan kesilapan. Kehidupan mengajar kita untuk mencipta kejayaan melalui kegagalan. Setiap tekanan yang kita hadapi adalah kata-kata daripada kehidupan. Terpulanglah samaada kita memahaminya ataupun tidak.

Apabila berhadapan dengan tekanan.. ada yang mengalah.. ada yang melawan tetapi hanya sedikit yang mengambil pengajaran dan memperbaiki kelemahan lalu melakukan perubahan.

Jika tiada kekuatan.. pasti anda akan mengalah kepada tekanan. Sebenarnya anda memilih kehidupan yang selamat. Anda berusaha melakukan semua perkara dengan betul. Anda sentiasa menjauhkan diri dari sebarang masalah. Kebenarannya anda menyerah kepada keadaan. Anda membiarkan kehidupan mengawal. Jauh di sudut hati.. anda sebenarnya takut mengambil risiko. Anda ingin berjaya tetapi perasan takut dengan kegagalan mengatasi keinginan untuk berjaya. Akhirnya.. inilah jalan yang anda pilih.. terus bekerja dengan bersungguh-sungguh walaupun sedar hasilnya tidak mencukupi dan masalah kewangan menanti.

Sebaliknya.. jika anda bertindak melawan.. anda sebenarnya hanya menyalahkan orang lain dan mahu mengubahnya. Apabila menghadapi masalah kewangan.. anda mula menyalahkan gaji tidak mencukupi.. majikan kedekut.. kerajaan cekik darah dan sebagainya. Anda hanya nampak kesalahan pihak lain tanpa melihat kelemahan sendiri. Jika anda tidak mengubah pandangan anda.. inilah kehidupan yang anda lalui.. sentiasa mengejar pekerjaan yang menjanjikan pendapatan yang lebih lumayan walaupun hakikatnya masalah kewangan tetap berterusan.

Hakikatnya kehidupan akan sentiasa menekan kita semua. Cara yang terbaik biarkan saja. Jangan elakkan diri kita dari tekanan atau cuba melawannya. Apabila tekanan melanda.. sebenarnya kehidupan sedang mengajar kita. Jadi.. kita perlu memahaminya dan mengambil pengajaran darinya. Rasai dan fahami tekanan di sisi.. dalami dan perbaiki kelemahan sendiri.. pasti kejayaan bakal dikecapi dan dinikmati.



"Feel the force around you.."


"May the force be with you.."

- Master Yoda -

6 comments:

Rosyied Ramli said...

Syabas bete.. so, siapa guru terbaik?

al_qamaru said...

master yoda ;p

Anonymous said...

aiyooo,akak amik mane entry ni hah???best lerrr baca...kena tampal kat dinding buat motivasi,hehehe...

al_qamaru said...

ambik dr ilmu + experience.. tampal ek jgn tampal ;p

Maizah Homestay Bertam Kepala Batas said...

sistem sekular menyebabkan manusia memandang kebendaan. so, timbul pulak tekanan utk mencari lebih kebendaan utk hidup. so, timbul pulak sistem pinjaman yang menekankan.....
last2, semua hadapi tekanan nak bayar hutang....

al_qamaru said...

tak salah mmandang kbendaan andai ianye mbawa kbaikn n mdekatkn kte dgn Tuhan. Bukankah lg byk kte miliki lg byk boleh dberi ;) yg salah jika ianye mbawa kmudaratan n mjauhkn kte drNya.

Masalah kbykn org krn tiada ilmu di dada.. lantas pelbagai masalah mlanda n myesakkn minda =)