25 May 2007

Pilihan

Jika kita hendak menuju ke suatu tempat.. ada banyak laluan yang boleh kita gunakan. Tak kisahlah apa juga laluan yang kita pilih.. yang penting kita sampai di tempat yang ingin dituju.



Sekarang saya berada di persimpangan. Saya berada di simpang tiga dan saya perlu memilih laluan mana yang akan saya lalui. Setiap laluan mempunyai pemandangan yang berbeza dan saya pasti akan mengalami pengalaman yang berbeza sepanjang perjalanan. Tapi semua laluan tersebut menuju ke arah destinasi akhir yang sama.

Saya tak pasti laluan mana yang perlu saya pilih. Saya betul-betul tak pasti dan tak kisah perlu melalui laluan yang mana. Yang penting bagi saya.. saya berjaya sampai ke destinasi akhir yang ingin saya tuju.

Justeru.. saya hanya berserah kerana saya tak tahu apa yang terbaik untuk diri saya. Saya redha dengan apa juga ketetapan yang telah ditakdirkan untuk saya. Saya hanya mampu berusaha dan menyiapkan diri dengan persediaan yang sepatutnya untuk memulakan perjalanan. Biarlah Dia yang menentukan.. kerana hanya Dia yang tahu segalanya yang terbaik untuk saya..

Doakan yang terbaik untuk saya..



"It is possible that you hate something which is good for you.. and you love something which is bad for you. Allah know and you don't know." - al-Baqarah (216)

No comments: