31 July 2007

Three Different Ways

Kebanyakan daripada kita tidak tahu atau tidak mahu ambil tahu tentang pelbagai jenis cara untuk menjana pendapatan. Biasanya selepas tamat pengajian.. kita akan bersungguh-sungguh mendapatkan pekerjaan. Mungkin disebabkan inilah proses yang telah dimomokkan kepada kita selama ini. "Blajar rajin2.. nanti leh masuk universiti.. pastu dapat keja besar."

Tahukah anda apa yang anda kejarkan itu dipanggil 'active income'.. sumber pendapatan yang memerlukan kudrat dan keringat anda secara berterusan. Contohnya gaji atau komisyen yang anda perolehi secara bulanan.. mingguan atau mungkin harian. Tidak kisahlah samada anda adalah CEO TM atau hanya seorang kerani di TM.. hakikatnya anda tetap perlu bertungkus-lumus untuk mendapatkan pendapatan. Jika anda tidak berusaha dan ingin berehat panjang.. pasti susut pendapatan anda.

Adakah itu satu pekerjaan yang salah? Perlukah anda berhenti kerja sekarang juga? Tidak.. apa yang anda lakukan itu tidak salah dan anda tidak perlu berhenti kerja. Orang yang makan gaji juga boleh berjaya dan kaya-raya. Yang penting anda perlu sedar anda tidak akan ke mana jika anda hanya mengejar 'active income' semata-mata. Anda perlu sedar anda sekarang bekerja menambah kekayaan untuk orang lain bukannya untuk diri anda sendiri. Anda juga perlu tahu bagaimana cara untuk menggunakan 'active income' anda bagi menjana jenis pendapatan yang lain. Anda perlu mula berusaha menambah kekayaan untuk diri anda sendiri.

'Portfolio income' adalah pendapatan hasil daripada 'paper asset' seperti shares.. futures.. ASB.. mutual fund.. etc. 'Passive income' pula adalah pendapatan yang diperolehi hanya dengan bergoyang kaki. Contohnya hasil daripada asset yang anda miliki samada bisnes atau hartanah. Pendapatan ini hanya memerlukan anda bekerja untuk satu jangka waktu dan selepas itu anda hanya perlu menikmati hasilnya. Asset yang anda bina itu akan menjana pendapatan dan menambah kekayaan untuk anda. Inilah yang dikatakan "money works for you."

Sekarang anda tahu ada 3 jenis pendapatan yang berlainan. Jika anda baru menamatkan pengajian atau mungkin bakal menamatkan pengajian.. ingat.. anda ada pilihan.. bukan hanya satu jalan. Fikir-fikirkanlah jalan mana yang akan anda pilih sebagai permulaan.

Bagi anda yang telah memulakan perjalanan.. tidak kisahlah laluan mana yang anda pilih sebagai permulaan.. yang penting anda tahu bagaimana untuk mengatur perjalanan kewangan anda bagi mencapai peringkat di mana "money works you" ;)

30 July 2007

Northern Corridor Economic Region

Today.. the Prime Minister.. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi will launch the Northern Corridor Economic Region (NCER) at my hometown. Semalam.. saya dah lalu kat MADA Ampang Jajar tu masa hantar adik kat Shahab Perdana. Nampak dari luar pun macam menarik je. I definitely will go ;)

For more information.. read these..

Utusan Malaysia Online

The New Straits Times Online
The Star Online

25 July 2007

What You Give You Get Back

Apa yang anda beri.. itu yang akan anda terima. Ini adalah konsep yang perlu kita sematkan dalam diri kita. Konsepnya sentiasa sama.. tak pernah berubah.. cuma aplikasinya sahaja yang pelbagai.

Sebagai seorang pelanggan.. jika anda hanya mengeluarkan wang sebanyak RM80 untuk menghadiri mana-mana seminar atau bengkel.. jangan bermimpi anda akan terus dapat lunaskan hutang sebanyak RM80,000.

Saya pergi 'preview FI Trader Course' pun kena bayar RM50. It just a preview.. an introduction and general briefing about F1 Trader Course. Saya sedar dan tahu tentang kandungan 'preview' tu. Jadi.. saya tak melenting atau marah walaupun apa yang saya dapat hanya sedikit. Jika saya berminat untuk tahu dengan lebih lanjut.. Saya kena la keluarkan bayaran sebanyak RM6,800. See.. this is how they set their standard. In return.. they get a very high standard customer. If you are an organizer.. you see what is the difference? ;)

Kebanyakan daripada kita hendak sesuatu yang cepat.. tepat dan mudah dengan bayaran yang rendah. In reality and legally.. you won't get that. No wonder there are a lot of people who get involved in all those 'Skim Cepat Kaya'. This is the attitude that we must change. If you want a good advice.. you must willing to pay more. So.. jangan setakat merajinkan diri membaca blog-blog percuma ni je.. rajin-rajin la berkunjung ke Kinokuniya atau MPH untuk mendapatkn bahan-bahan bacaan berbayar ;p

24 July 2007

Secret of Rich People

Agak lama saya tak menulis. Saja nak bagi kesempatan untuk anda betul-betul 'khatam' bab 'saving' tu.. hoho ;p

Saving is very important. Sebelum anda terfikir untuk melaburkan wang anda.. anda perlu menyimpan terlebih dahulu. Sebagai manusia biasa.. memang agak susah untuk kita mendisiplinkan diri kita untuk melakukan 'regular saving'. Jadi.. jika anda tak mampu menyimpan secara sukarela.. anda perlu memaksa diri anda untuk menyimpan. Hendak seribu daya.. tak hendak seribu dalih ;)



Do you want to know the secret of rich people? It is very simple.. they know the difference between spending money and using money. So.. they know which one should be minimized and which one should be maximized. Do you know what is the difference? Please don't spell.. I know how to spell the word :p

Spending money means you give away your money. Anda membelanjakan wang anda untuk sesuatu yang menyebabkan wang anda makin sikit.. makin susut.. makin berkurang. Ayat mudahnya.. all the expenses.. doodads.. liabilities.. semua tu la.

On the other hand.. using money means you invest your money. Anda menggunakan wang anda untuk sesuatu yang menyebabkan wang anda makin banyak.. makin bercambah.. makin bertambah. In other word.. all the assets.. investments.. etc.

Soalan cepu emas.. kalau anda membelanjakan wang anda untuk membeli buku-buku Rich dad collection.. spending money or using money? ;)

Now you already know the secret. So.. you must control and try to minimize all your expenses and say no to all doodads and liabilities. Use your money wisely for increasing your assets and investments.

Gaya macam mudah je kan? Mudah kalau kita tahu rahsia dan caranya ;) So.. rasa bersemangat nak menggunakan wang anda untuk memulakan pelaburan pertama? Nak tahu apa pelaburan yang terbaik sebagai permulaan? Kita berhenti dulu.. will be continued in the next entry ;p

23 July 2007

Wajah Baru

Blog saya berwajah baru. Penghargaan untuk 'designer' merangkap kawan lama saya.. Amni =)

Amni.. thanks a lot. Nanti pekena laksa SPU ek
;p

Kebetulan bukan satu perancangan.. wajah baru.. mudah-mudahan memberi satu momentum baru.. suntikan baru.. moga-moga saya mampu ;)


"The world is round and the place which may seem like the end may also be the beginning."
-
Ivy Baker Priest

17 July 2007

Tergoda??

Malaysia Mega Sale Carnival 2007 is back started from 16th June until 2nd September. Are you shopaholic? Check this out.. 'dasatnye'..

Want to buy your children clothes and baby stuffs? looking for a new furniture for your house? Lets find out here..

Want to know more? Visit this website..



So.. how? tergoda tak? ;p

Macam menakutkan je tengok their spending habit. Saja je post entry ni.. nak test you guys tahan godaan ke tak. Luckily I'm staying at a small village.. kurang sikit godaan.. hoho ;)

We will talk about using and spending money later in the next entry.

Define.. Set Up.. Believe.. Action!!

Do you want to be rich?
Yes, I want to!

Of course I want to be rich!

Absolutely, everybody want to be rich!


Do you believe you could be rich?

I guest not.
I'm not so sure.
Emmmmmmmmmm.. maybe I could.


How do you want to be rich?

Marry a rich guy.

I don't know.

Never think about that.


Everybody want to be rich but they don't believe they could be rich and they don't know how to be rich. I'm not a rich woman but I have a dream by 20** I will be rich and I deeply believe that I could make my dream comes true. I'm also a 'never graduated' student of financial freedom school of thought.

First you must know the definition of wealth or being rich because every person has their own interpretation about this topic. Ask everyone around you how they define wealth or being rich. These answers may come along.. having RM 1 million.. owning big house and expensive car.. traveling all over the world.. etc.

According to Robert Kiyosaki.. being rich is not just about owning 1 million dollars or a piece of real estate. It is more than just that. It is about cashflow.. incoming and outflowing of money. He defined wealth or being rich as the number of days which you can survive without working. Thus.. as long as you can survive without working and able to get out of bed when you finished sleeping.. you are being rich!

Once you have clear understanding about wealth or being rich.. you may start thinking about your financial goals. Take your time and think deeply what you want to achieve in the future in term of financial aspect.

"Dream what you dare to dream. Go where you want to go. Be what you want to be. You can if you believe you can. Believe in yourself and others will too."

You must believe in whatever you dream and whatever you want to be because you are what you think you are. Lets take a look at our national football team. Everybody who are related to the team such as FAM.. manager.. coach.. players.. etc always say that we are at ranking 149.. other teams are much better than us.. we can't bet them.. we are not at the same par as them. No wonder we were thrashed by China and Uzbekistan and became the first host eliminated from the Asian Cup!

Now you already understood the meaning of wealth or being rich.. you have also set up your financial goals and you are strongly believe that you could achieve your goals. Finally.. it is time for you to learn how you could be rich and put that law of momentum into action!

"Greatness is not in where we stand.. but in what direction we are moving. We must sail sometimes with the wind and sometimes against it.. but sail we must and not drift.. nor lie at anchor." - Oliver Wendell Holmes

You won't go anywhere if you don't take action. It doesn't matter whether the action is right or wrong. If you are right you will step forward. If you are wrong you could learn from the mistake and keep moving. Sometimes you up sometimes you down. That the process that you have to face throughout the journey in pursuing your dream.

Every journey begin with the first step. If we don't take the first step.. the journey can't be started. So.. lets take our first step here..

13 July 2007

Which One is Yours?

Hari ini saya nak bagi ‘assignment’ untuk anda semua. Saya nak anda tulis sebuah karangan bertajuk “Diari Hidupku di Bulan Januari.” Kenapa? Tak percaya? Tulis je la. Banyak tanya la pula.. Hello.. apa tunggu lagi.. mula la menulis ;)

Pada 1hb Januari.. bla bla bla..
………
………
………
………
………
Pada 31hb Januari.. bla bla bla..

Dah siap? Cepatnya.. Bahasa Melayu penulisan dapat berapa masa SPM? :p

Okey.. sekarang tulis pula karangan kedua bertajuk “Diari Hidupku di bulan Februari.” Hah? Banyak? Apa pula banyak.. baru dua karangan. Nak hadiah ke tak? Nak? Pergi minta dekat orang lain :p

Pada 1hb Februari.. bla bla bla..
………
………
………
………
………
Pada 28hb Februari.. bla bla bla..

Amboi.. ni lagi cepat siap. Senang? Senang sangat ek? Okey la.. dah senang sangat.. tulis lagi karangan tajuk yang sama untuk bulan Mac sampai Disember. Hah.. baru tahu.. tadi kata senang.. pergi la tulis.. membebel pula :p

Alhamdulillah.. dah siap semua 12 karangan. Rasa-rasa anda apa isi semua karangan tu? Apa rumusan yang boleh dibuat dari bulan Januari sehingga Disember?

Dalam proses menambah ilmu pengetahuan berguna. Bagus! Teruskan!

Sedang meneroka pelbagai cabang baru yang mampu mengubah taraf kehidupan. Mantap! Semoga berjaya!

Peningkatan perjalanan hidup yang ketara dari bulan pertama hingga akhir. ‘Superb!’ Noktah!


Hah! Sama je? Tak ada apa-apa yang menarik? Dapat gaji senyum nampak gusi.. bayar duit kereta.. rumah.. Court Mammort.. bil api air Astro.. PTPTN.. belanja makan minum.. duit sekolah anak.. bla bla bla.. poket kering hati runsing. Hmm.. no komen! :p

Sedar atau tidak inilah perjalanan hidup kebanyakan orang di sekeliling kita.. saudara-mara.. jiran tetangga.. kawan-kawan dan sebagainya. Tak kisah la samada dia seorang pegawai besar di syarikat ternama mahupun hanya seorang kuli di sebuah kedai kopi. Hakikatnya mereka tetap berlegar dalam pusingan yang sama. Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda juga berada dalam kelompok yang sama? Tepuk dada.. baca karangan anda ;p

Sekarang zaman informasi.. dunia berlegar di hujung jari.. hanya sebilangan insan menyedari.. yang lain terus terperangkap di zaman industri. Tak salah mengaku hakikat diri.. lebih baik sekarang disedari.. daripada dibiar melarat di kemudian hari.

Ayuh.. tekadkan impian.. pasakkan keazaman.. berusaha dan berjuanglah untuk memperbaiki taraf kehidupan anda. Bukan semata-mata untuk diri anda dan keluarga sahaja tetapi untuk nikmat sekalian ummah. Bukankah lagi banyak kita miliki.. lagi banyak boleh diberi. Ingat hidup ini bukan hanya tentang dia dan anda tetapi tentang kita semua ;)

Ingin memulakan langkah pertama? Jawapannya ada di sini..

Sharing

Since I'm still new in writing.. I do need some guidances and advices from those who are master in this area. A few days back.. I asked Pakdi how did he got an idea to write something in his website and he gave me this Arabic word which has been translated into malay..

"Sesiapa yang tidak ada sesuatu tidak boleh memberi sesuatu."

I do agree with that statement. Then.. I keep wondering and asking myself whether I have something to give away. I realize that I'm not somebody who has a lot of knowledge about anything. I just an ordinary woman who has gut in sharing a few knowledge that I know will all friends out there.

Most of my friends are professionals. They are engineers.. lawyers.. programmers.. lecturers.. etc. I know that they are very busy with their daily works and they have no time to explore a new thing which might help them improve their life. Thus.. as a friend who has been given some extra time and knowledge by God.. I feel responsible to help them through my own way. Although it just a short info that need less than 5 minutes to read.. it is worthy if it could light up someone's life. Remember this word.. sharing is caring ;)


11 July 2007

Pay Yourself First

Semalam saya berbual dengan seorang kawan yang baru 2 bulan bekerja. Bekerja di ibu kota sebagai seorang 'engineer' yang pastinya sebulan paling kurang RM2k berada dalam tangan. Tambahan pula dia masih bujang dan tinggal bersama keluarga. Tak perlu mengeluarkan duit untuk membayar sewa rumah.. tak perlu menghabiskan duit menjamu selera di luar.. tak perlu memeningkan kepala memikirkan perbelanjaan tanggungan. Tapi dia tetap juga bertanya sesuatu yang selalu ditanya. "Nape ek duit saya tak penah cukup? Hujung bulan je abes." Adakah anda juga mengalami senario yang sama seperti dia? Tepuk dada.. 'check' akaun anda ;p

Penyelesaiannya amat mudah tapi terlalu sukar untuk diaplikasi. Jika tiada keazaman hati dan disiplin diri yang tinggi.. berilah apa juga bentuk cadangan dan panduan.. pasti semuanya hanya akan tinggal angan-angan.

Ingin saya berkongsi dengan kawan saya dan juga anda semua suatu konsep yang boleh membantu meringankan bebanan kewangan anda. Konsep ini sudah popular dan mungkin anda sudah menjumpainya di mana-mana. Namun persoalannya di sini.. sudahkah anda sebatikannya dalam perjalanan hidup anda? Sekali lagi tepuk dada.. 'check' akaun anda ;p

Konsep 'pay yourself first' adalah konsep yang mengajar anda untuk menyimpan. Konsep ini sudah kita pelajari sejak kita kecil lagi. Masih ingat dulu semasa zaman kanak-kanak.. setiap kali hari raya kita sibuk menziarah seluruh pelusuk kampung dengan harapan mendapat duit raya yang banyak. Duit itu nanti bolehlah kita simpan dalam tabung. Kemudian kita boleh masukkan ke dalam bank. Kita mempunyai disiplin yang sangat tinggi pada masa itu. Kita terlalu sayang untuk membelanjakan duit simpanan kita. Mungkin kerana duit itu hasil dari titik peluh kita sendiri.. lantas kita berfikir panjang untuk menghabiskannya dengan sewenang-wenang. Kadang-kadang untuk mengembirakan hati.. kita hanya mampu mengoyangkan tabung mendengar bunyi duit bergeseran. Saat itu merupakan saat yang amat berharga. Dalam hati terdetik.. "wah.. banyak juga duit aku ni." :p

Tapi sekarang kenapa kita tidak mampu melakukan semua itu? Kita sudah dewasa.. kita bukan lagi kanak-kanak. Sepatutnya pencapaian kita perlu lebih bagus dan cemerlang. Setiap hari kita bekerja dari pagi hingga petang dan kadang-kadang perlu teruskan sehingga lewat malam. Banyak kudrat dan tenaga telah kita curahkan. Jadi.. hargailah diri anda. Berilah hadiah dan ganjaran yang sepatutnya untuk anda.

Setiap kali anda menerima gaji bulanan.. andalah orang pertama yang berhak ke atasnya. Bukannya pihak bank.. peniaga tepi jalan atau pasaraya besar.. Court Mammort dan sebagainya. Hanya anda yang paling layak memilikinya kerana anda yang bekerja keras untuk mendapatkannya. Justeru.. ambillah paling kurang 10% daripada keseluruhan gaji dan tempatkannya di dalam 'saving account' anda. Sudah pasti tiada siapa yang dapat mengusiknya melainkan anda. Jangan pula anda menyentuhnya dan mengeluarkannya sesuka hati. Biarlah duit itu terus beranak-pinak dan berkembang. Bayangkan jumlah yang akan anda miliki selepas 10 tahun.. 20 tahun dari saat anda mula menyimpan ;) Jika anda mampu melakukan langkah ini.. letakkan tangan anda di bahu.. kemudian tepuk bahu anda dan ucaplah.. "congratulation.. you have done an excellent move in your life."

Sangat mudah bukan? Takkan itu pun tak mampu anda lakukan? Malulah dengan kanak-kanak yang sentiasa mampu melakukannya ;) Secara ringkasnya.. inilah konsep yang sepatutnya anda sebatikan dalam kehidupan anda. Ingat-ingat ini selalu..

EXPENSES = INCOME - SAVING

Bukannya..

SAVING = INCOME - EXPENSES

Jangan pula..

EXPENSES = INCOME

Dan lebih membahayakan..

EXPENSES > INCOME

Selamat mencuba semua.. moga-moga konsep yang saya kongsikan di sini boleh memberi sedikit sinar baru dalam pengurusan kewangan anda dan mudah-mudahan kita sentiasa dilindungiNya dan sentiasa diberkatiNya..

10 July 2007

True Friends

~ TRUE FRIENDS ~

As we walk our path of life
We meet people everyday
Most are simply met by chance
But, some are sent our way

These become special friends

Whose bond we can't explain
The ones who understand us
And share our joy and pain

Their love contains no boundaries
So, even we are apart
Their presence enhances us
With a warmth felt in the heart

This love becomes a passageway
When even the miles disappear
And so, these friends, God sends our way
Remain forever near

I dedicated this special poem to my best friends.. Kcik and Knjang. I'm very thankful to have you guys as true friends. I really miss both of you so much.. always love you *hugs*

Today I'm very upset with those who called themselves as friends but act the other way around. To those people.. I want you to realize that friend is not just someone who you will find when you need something. Friend is not just someone who you will sms when you want something. Friend is not just someone who you will email when you hope for something. After that.. you act as a stranger when she is no longer needed by you. You treat her seem you didn't know her before. You pretend like she never exist in your life. You try to deny her appearance in your history.

When she need you.. you give a lot of excuses. But she never count on that. She always be there for you. She always support and comfort you in whatever you do. When you are in pain and difficulty.. she come and give a hand. She help you all the way with or without your knowledge. She never hope and dream for a return in everything she did for you. It is just an honour if you could appreciate her as a friend. It is priceless if you could remember her as a friend.

I'm deeply sad and hurt right now. I hope that I never know those people. Perhaps my life will be better. I'm feel so bad. I shouldn't think that way. To those guys.. always remember that friend is more than what you have comprehended before. Friend is one of the most valuable thing in life. Hopefully you will discover it later. I wish for your success and happiness. This is a truly prayer from a friend to all friends.

07 July 2007

Memory



K.Cik - Geng kitaorang yang masih ada di UIA.. sambung master. (rindu kt nt.. bln 8 br leh jumpa. nnt mai umah ana dok lama2 sket ek ;p)

K.Njang - Tengah chambering kat Sungai Petani. Rumah kitaorang dekat je.. selalu leh jumpa dia. (cane keja? boss garang la ke? ;p)

K.Ngah - Sambung master kat UIA. Bakal menamatkan zaman bujang. (jumpa nt bln 8 ni ek.. jom sume kita reunion kt parit buntar!)

K.Teh - PTD yang baru melangsungkan perkahwinan. (moga nt bahagia hingga ke sana =))

Pakdi - Well known already right? (dipak.. chaiyok chaiyok =))

Rosyid@Pipit - Seangkatan dengan orang di atas.. Kawan lama dari matrik. (all d best ye..)

Abg Long - Pengawai JAKIM kat Putrajaya.. (bila nk antar kad jemputan? ;p)

Bgude - Tengah chambering kat KL.. (kenduri k.teh tak sempat jumpa.. kita jumpa ms kenduri k.ngah ek..)

Deqsu - Bakal melangkah bendul.. (nk langkah bendul tu cam besa ar.. serba satu utk akak2 awk ni ;p)

Abg Ngah - Jauh kat Sabah sekarang.. pegawai JAKIM gak. (bila nk jd ayah? ;p)

Abg Cik - Ni pun kat seberang laut gak.. kat Sarawak. (awk pn nk ikut jejak langkah deqsu ek? ;p)

Kawar - Adik yang ceria sentiasa.. (bila nk jumpa? asyik comment kt friendster je ;p)

Abg Chaq - Sama negeri tapi tak pernah jumpa pun. (apesal senyap je?)

Faisal - Tak tahu la apa dia buat sekarang.. (ni sorang lg senyap gak..)

06 July 2007

Silence



"We will remember not the words of our enemies.. but the silence of our friends." - Martin Luther King, Jr.

I almost forget that I have a blog.. maybe because I'm not really enjoy writing.. hoho ;p Writing is a new thing that I'm exploring right now and to be honest.. I do like it ;)

By the way.. I'm still new in this area and I have a lot things to be learned and improved. So.. please give me sometimes..