31 July 2007

Three Different Ways

Kebanyakan daripada kita tidak tahu atau tidak mahu ambil tahu tentang pelbagai jenis cara untuk menjana pendapatan. Biasanya selepas tamat pengajian.. kita akan bersungguh-sungguh mendapatkan pekerjaan. Mungkin disebabkan inilah proses yang telah dimomokkan kepada kita selama ini. "Blajar rajin2.. nanti leh masuk universiti.. pastu dapat keja besar."

Tahukah anda apa yang anda kejarkan itu dipanggil 'active income'.. sumber pendapatan yang memerlukan kudrat dan keringat anda secara berterusan. Contohnya gaji atau komisyen yang anda perolehi secara bulanan.. mingguan atau mungkin harian. Tidak kisahlah samada anda adalah CEO TM atau hanya seorang kerani di TM.. hakikatnya anda tetap perlu bertungkus-lumus untuk mendapatkan pendapatan. Jika anda tidak berusaha dan ingin berehat panjang.. pasti susut pendapatan anda.

Adakah itu satu pekerjaan yang salah? Perlukah anda berhenti kerja sekarang juga? Tidak.. apa yang anda lakukan itu tidak salah dan anda tidak perlu berhenti kerja. Orang yang makan gaji juga boleh berjaya dan kaya-raya. Yang penting anda perlu sedar anda tidak akan ke mana jika anda hanya mengejar 'active income' semata-mata. Anda perlu sedar anda sekarang bekerja menambah kekayaan untuk orang lain bukannya untuk diri anda sendiri. Anda juga perlu tahu bagaimana cara untuk menggunakan 'active income' anda bagi menjana jenis pendapatan yang lain. Anda perlu mula berusaha menambah kekayaan untuk diri anda sendiri.

'Portfolio income' adalah pendapatan hasil daripada 'paper asset' seperti shares.. futures.. ASB.. mutual fund.. etc. 'Passive income' pula adalah pendapatan yang diperolehi hanya dengan bergoyang kaki. Contohnya hasil daripada asset yang anda miliki samada bisnes atau hartanah. Pendapatan ini hanya memerlukan anda bekerja untuk satu jangka waktu dan selepas itu anda hanya perlu menikmati hasilnya. Asset yang anda bina itu akan menjana pendapatan dan menambah kekayaan untuk anda. Inilah yang dikatakan "money works for you."

Sekarang anda tahu ada 3 jenis pendapatan yang berlainan. Jika anda baru menamatkan pengajian atau mungkin bakal menamatkan pengajian.. ingat.. anda ada pilihan.. bukan hanya satu jalan. Fikir-fikirkanlah jalan mana yang akan anda pilih sebagai permulaan.

Bagi anda yang telah memulakan perjalanan.. tidak kisahlah laluan mana yang anda pilih sebagai permulaan.. yang penting anda tahu bagaimana untuk mengatur perjalanan kewangan anda bagi mencapai peringkat di mana "money works you" ;)

30 July 2007

Northern Corridor Economic Region

Today.. the Prime Minister.. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi will launch the Northern Corridor Economic Region (NCER) at my hometown. Semalam.. saya dah lalu kat MADA Ampang Jajar tu masa hantar adik kat Shahab Perdana. Nampak dari luar pun macam menarik je. I definitely will go ;)

For more information.. read these..

Utusan Malaysia Online

The New Straits Times Online
The Star Online

25 July 2007

What You Give You Get Back

Apa yang anda beri.. itu yang akan anda terima. Ini adalah konsep yang perlu kita sematkan dalam diri kita. Konsepnya sentiasa sama.. tak pernah berubah.. cuma aplikasinya sahaja yang pelbagai.

Sebagai seorang pelanggan.. jika anda hanya mengeluarkan wang sebanyak RM80 untuk menghadiri mana-mana seminar atau bengkel.. jangan bermimpi anda akan terus dapat lunaskan hutang sebanyak RM80,000.

Saya pergi 'preview FI Trader Course' pun kena bayar RM50. It just a preview.. an introduction and general briefing about F1 Trader Course. Saya sedar dan tahu tentang kandungan 'preview' tu. Jadi.. saya tak melenting atau marah walaupun apa yang saya dapat hanya sedikit. Jika saya berminat untuk tahu dengan lebih lanjut.. Saya kena la keluarkan bayaran sebanyak RM6,800. See.. this is how they set their standard. In return.. they get a very high standard customer. If you are an organizer.. you see what is the difference? ;)

Kebanyakan daripada kita hendak sesuatu yang cepat.. tepat dan mudah dengan bayaran yang rendah. In reality and legally.. you won't get that. No wonder there are a lot of people who get involved in all those 'Skim Cepat Kaya'. This is the attitude that we must change. If you want a good advice.. you must willing to pay more. So.. jangan setakat merajinkan diri membaca blog-blog percuma ni je.. rajin-rajin la berkunjung ke Kinokuniya atau MPH untuk mendapatkn bahan-bahan bacaan berbayar ;p

24 July 2007

Secret of Rich People

Agak lama saya tak menulis. Saja nak bagi kesempatan untuk anda betul-betul 'khatam' bab 'saving' tu.. hoho ;p

Saving is very important. Sebelum anda terfikir untuk melaburkan wang anda.. anda perlu menyimpan terlebih dahulu. Sebagai manusia biasa.. memang agak susah untuk kita mendisiplinkan diri kita untuk melakukan 'regular saving'. Jadi.. jika anda tak mampu menyimpan secara sukarela.. anda perlu memaksa diri anda untuk menyimpan. Hendak seribu daya.. tak hendak seribu dalih ;)



Do you want to know the secret of rich people? It is very simple.. they know the difference between spending money and using money. So.. they know which one should be minimized and which one should be maximized. Do you know what is the difference? Please don't spell.. I know how to spell the word :p

Spending money means you give away your money. Anda membelanjakan wang anda untuk sesuatu yang menyebabkan wang anda makin sikit.. makin susut.. makin berkurang. Ayat mudahnya.. all the expenses.. doodads.. liabilities.. semua tu la.

On the other hand.. using money means you invest your money. Anda menggunakan wang anda untuk sesuatu yang menyebabkan wang anda makin banyak.. makin bercambah.. makin bertambah. In other word.. all the assets.. investments.. etc.

Soalan cepu emas.. kalau anda membelanjakan wang anda untuk membeli buku-buku Rich dad collection.. spending money or using money? ;)

Now you already know the secret. So.. you must control and try to minimize all your expenses and say no to all doodads and liabilities. Use your money wisely for increasing your assets and investments.

Gaya macam mudah je kan? Mudah kalau kita tahu rahsia dan caranya ;) So.. rasa bersemangat nak menggunakan wang anda untuk memulakan pelaburan pertama? Nak tahu apa pelaburan yang terbaik sebagai permulaan? Kita berhenti dulu.. will be continued in the next entry ;p

23 July 2007

Wajah Baru

Blog saya berwajah baru. Penghargaan untuk 'designer' merangkap kawan lama saya.. Amni =)

Amni.. thanks a lot. Nanti pekena laksa SPU ek
;p

Kebetulan bukan satu perancangan.. wajah baru.. mudah-mudahan memberi satu momentum baru.. suntikan baru.. moga-moga saya mampu ;)


"The world is round and the place which may seem like the end may also be the beginning."
-
Ivy Baker Priest